Wednesday, December 22, 2010

cantiknya seorang wanita ♥

                        aku teringin nak pakai macam ney :)

Cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis
bukan kerana merah kilau lipstik
pada bibir memekar senyum kosmetik

Cantik seorang wanita itu, sebagairemaja
tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah


Cantik seorang wanita itu, sebagai anak
tidak menjerat diri pada kedurhakaan

Cantik seorang wanita itu, sebagai isteri
merempuh badai di sisi suami

Cantik seorang wanita itu, sebagaimenantu
menjauhi persekongkolan ipai lamai


Cantik seorang wanita itu, sebagai ibu
membuai anak, kala suami menjalin mimpi


Cantik seorang wanita itu, sebagai mentua
telus hati mengagih kasih setara pada semua


Cantik seorang wanita itu sebagai nenek
menyaring teladan para anbia buat cucu-cicit


Cantik seorang wanita itu, sebagai warganegara
peka membela nasib dan maruah negara

Cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua
menghitung hari dengan selembar mashaf


Cantik seorang wanita itu, sebagai intelektualis
menyala obor mewangi setanggi profesionalis


Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah
mengandam rinduh kekasih pasrah di atas sejadah 


No comments:

Post a Comment